(Pengalaman Kami) خبرتنا

Sepanjang projek ini berlangsung, kami menempuhi pelbagai dugaan dan cabaran serta kenangan manis bersama sahabat baru kami, 'cacing'. Kami perlu bertugas mengikut jadual yang telah ditetapkan oleh dua orang guru kami yang penyayang lagi penyabar, Cikgu Hafifah dan Cikgu Rafidah. Perkara ini menjadikan kami seorang yang lebih berdisiplin dan bertanggungjawab. Jika kami tidak menjaganya dengan TLC (tender loving care) maka, sahabat kami yang istimewa ini akan pergi buat selama-lamanya. Pada tanggal 26 Julai 2010, Isnin kami telah digemparkan dengan berita yang sungguh perit untuk diterima iaitu berita tentang pemergian sahabat kami yang tinggal di dalam medium sisa tebu. Sebanyak 41 ekor didapati mati kerana tidak dapat menyesuaikan diri di dalam medium yang baru. (medium ditukar pada 24 Julai 2010) 


1 comments:

Mista Nikon Hijau said...

bdk irshad mmg bgus.. love it..!

Post a Comment