Info


PROJEK VERMIKOMPOS
UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

JADUAL PELAKSANAAN PROJEK
Langkah
Aktiviti
Catatan
1
Bengkel :
Menyediakan campuran bahan untuk vermireaktor
Telah dilaksanakan pada 3 Julai 2010
2
Penjagaan:
a. Vermireaktor ditempatkan di tempat yang sesuai dan selamat
    - terlindung dari panas dan hujan, di luar bangunan  


b. Campuran dipastikan lembap, tetapi tidak basah
    (sembur campuran dengan air setiap 2 hari, menggunakan bekas semburan sekiranya perlu)

3
Pengumpulan Data:

a. Setiap Hari:
    i. Kehadiran kokoon.
       Catatkan tarikh kokoon mula dihasilkan, bilangan kokoon pada tarikh-tarikh berikut, warna kokoon dan perubahan warnanya sehingga anak cacing keluar dari kokoon, dan tarikh anak cacing keluar dari kokoon. Panjang anak cacing  boleh dicatat.
Data direkod dalam
Buku Data:

Jadual 4

b. Setiap Minggu:
    i. Jisim vermireaktor dan isi kandungannya

Jadual 2

c. Setiap 4 Minggu:
i.  Asingkan cacing daripada vermikompos.
ii. Catatkan jisim vermikompos
iii. Catatkan jisim dan bilangan cacing. Panjang cacing boleh juga dicatat.
iv. Vermikas dituai dan jisimnya dicatat (ruang catatan dalam Jadual 3)
v. Campuran bahan baru disediakan seperti dalam Langkah 1, dan semua cacing dikembalikan ke dalam vermireaktor
vi. Ulang Langkah 1– 3 sehingga tamat tempoh projek


Jadual 2
Jadual 3

Jadual 3

4
Buku Log
  Buku log guru dan buku murid disediakan.
  Rekodkan pengalaman anda dalam buku log ini – pemerhatian, refelksi, masalah, cara penyelesaian masalah dan sebagainya.

5
Blog Sekolah
i.   Setiap sekolah mengadakan sebuah blog untuk merekod perjalanan projek.
ii.  Murid diminta memuatkan pandangan, cadangan dan perbincangan mereka dalam ruang komen blog bagi setiap tajuk yang dikemukakan dalam blog.
iii. Murid juga diminta memuatkan pandangan, ulasan dan perbincangan dalam blog sekolah lain yang terlibat dengan projek ini

6
Blog Utama USM (ruvcomp.blogspot.com)
Murid dan guru digalakkan mengemukakan pandangan, cadangan dan perbincangan dalam blog ini.
Pertanyaan kepada pakar boleh dikemukakan menerusi blog ini.


Terima kasih kerana bekerjasama menjayakan projek ini