Obviously, It is not just a worm… (Part 1)

                Siapa sangka, makhluk si kecil ini mampu melakukan sesuatu yang sungguh berharga kepada dunia yang luas terbentang…. Si kecil yang kami panggil cacing. Mula- mula menjalankan projek, ramai yang beria-ria nak menjadi peserta bukan atas minat pada dasarnya, tapi suka-suka. Betulkan? Boleh dikira dengan jari siapa yang betul- betul ingin melibatkan diri dengan sesuatu yang baru dan agak ‘menggelikan’. Tak percaya? Tanyalah cikgu ;-). Ada juga yang memandang ‘enteng’, tapi kami tak kisah. Sebab kami tahu setiap projek yang dibuat pasti ada kebaikannya paling- paling tidak mendidik kami bekerja secara sistematik. Apapun, ramai dah jatuh sayang dengan cacing-cacing ini, by the end of project termasuklah ‘non-participant’. 
                Alhamdulillah, sekolah memberikan sokongan yang penuh. Terutamanya Puan Pengetua dan Guru Kanan Bidang Sains & Math. Terima kasih! Mana sahaja tempat yang kami nak letak cacing, semua dibolehkan di’iya’kan. Tapi sayang, tapi tak semua tempat sesuai. Akhirnya, semua menetap di belakang asrama puteri baru. Nyaman, tenang dan aman dari sebarang gangguan, kecuali waktu pelajar –pelajar lelaki 2IR datang untuk mengira dan melembapkan cacing-cacing semua. Bingit. Sambil membelek-belek cacing, sempat lagi menyanyi kecil walaupun suara sedia sumbang. Kalau pelajar perempuan siap dengan ‘posing’ bersama cacing. Macam- macam.
 
                Si hermaphrodite ni, sangat sukakan medium sisa laman dan sisa suratkhabar berbanding medium lain (berdasarkan pemerhatian kami, kerana cacing yang kami letakkan dalam medium natural lain semuanya dah meninggal). Kalau nak diikutkan, suratkhabar mengandungi bahan kimia (dakwat) yang boleh mengancam kehidupan cacing, tapi lain pula ceritanya.
                Penuaian pertama, semua peserta ceria. Banyak tuaian atau vermicast berjaya dikumpulkan dari setiap tray. Tapi tray buah-buahan dan sayuran tinggal kenangan. Cacing bergelimpangan mati dalam bekas yang penuh dengan air sisa-sisa makanan. Pelajar yang bertanggungjawab, ditugaskan membuat laporan dan membersihkan tray. Kesian, tapi dah namanya projek/eksperimen, tak semuanya akan berjaya pada peringkat pertama. Cuba lagi:-).
                 

0 comments:

Post a Comment