Siapa sangka, makhluk si kecil
ini mampu melakukan sesuatu yang sungguh berharga kepada dunia yang luas
terbentang…. Si kecil yang kami panggil cacing. Mula- mula menjalankan projek,
ramai yang beria-ria nak menjadi peserta bukan atas minat pada dasarnya, tapi
suka-suka. Betulkan? Boleh dikira dengan jari siapa yang betul- betul ingin
melibatkan diri dengan sesuatu yang baru dan agak ‘menggelikan’. Tak percaya?
Tanyalah cikgu ;-). Ada juga yang memandang ‘enteng’, tapi kami tak kisah.
Sebab kami tahu setiap projek yang dibuat pasti ada kebaikannya paling- paling tidak
mendidik kami bekerja secara sistematik. Apapun, ramai dah jatuh sayang dengan
cacing-cacing ini, by the end of project termasuklah ‘non-participant’.
Alhamdulillah, sekolah
memberikan sokongan yang penuh. Terutamanya Puan Pengetua dan Guru Kanan Bidang
Sains & Math. Terima kasih! Mana sahaja tempat yang kami nak letak cacing,
semua dibolehkan di’iya’kan. Tapi sayang, tapi tak semua tempat sesuai.
Akhirnya, semua menetap di belakang asrama puteri baru. Nyaman, tenang dan aman
dari sebarang gangguan, kecuali waktu pelajar –pelajar lelaki 2IR datang untuk
mengira dan melembapkan cacing-cacing semua. Bingit. Sambil membelek-belek
cacing, sempat lagi menyanyi kecil walaupun suara sedia sumbang. Kalau pelajar
perempuan siap dengan ‘posing’ bersama cacing. Macam- macam.
Si hermaphrodite ni, sangat
sukakan medium sisa laman dan sisa suratkhabar berbanding medium lain
(berdasarkan pemerhatian kami, kerana cacing yang kami letakkan dalam medium natural
lain semuanya dah meninggal). Kalau nak diikutkan, suratkhabar mengandungi
bahan kimia (dakwat) yang boleh mengancam kehidupan cacing, tapi lain pula
ceritanya.
Penuaian pertama, semua peserta
ceria. Banyak tuaian atau vermicast berjaya dikumpulkan dari setiap tray. Tapi tray
buah-buahan dan sayuran tinggal kenangan. Cacing bergelimpangan mati dalam
bekas yang penuh dengan air sisa-sisa makanan. Pelajar yang bertanggungjawab,
ditugaskan membuat laporan dan membersihkan tray. Kesian, tapi dah namanya
projek/eksperimen, tak semuanya akan berjaya pada peringkat pertama. Cuba lagi:-).
Sepanjang projek ini berlangsung, kami menempuhi pelbagai dugaan dan cabaran serta kenangan manis bersama sahabat baru kami, 'cacing'. Kami perlu bertugas mengikut jadual yang telah ditetapkan oleh dua orang guru kami yang penyayang lagi penyabar, Cikgu Hafifah dan Cikgu Rafidah. Perkara ini menjadikan kami seorang yang lebih berdisiplin dan bertanggungjawab. Jika kami tidak menjaganya dengan TLC (tender loving care) maka, sahabat kami yang istimewa ini akan pergi buat selama-lamanya. Pada tanggal 26 Julai 2010, Isnin kami telah digemparkan dengan berita yang sungguh perit untuk diterima iaitu berita tentang pemergian sahabat kami yang tinggal di dalam medium sisa tebu. Sebanyak 41 ekor didapati mati kerana tidak dapat menyesuaikan diri di dalam medium yang baru. (medium ditukar pada 24 Julai 2010)
Vermicompost is the product of composting utilizing various species of worms, usually red wigglers, white worms, and earthworms to create a heterogeneous mixture of decomposing vegetable or food waste, bedding materials, and vermicast. Vermicast, similarly known as worm castings, worm humus or worm manure, is the end-product of the breakdown of organic matter by species of earthworm. The earthworm species (or composting worms) most often used are Red Wigglers (Eisenia foetida or Eisenia andrei), though European nightcrawlers (Eisenia hortensis) could also be used. Users refer to European nightcrawlers by a variety of other names, including dendrobaenas, dendras, and Belgian nightcrawlers. Containing water-soluble nutrients, vermicompost is a nutrient-rich organic fertilizer and soil conditioner.